BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

2010年8月7日星期六

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH








Kami menjunjung cita-cita

Membentuk bangsa Malaysia

Berilmu, berakhlak mulia

Setia, patuh dan berjaya





Oh Sekolahku Tunku Besar Tampin

Kau laksana semaian hijau

Melahirkan insan berharmonis

Harapan bangsa dan Negara





Kerajinan, kecemerlangan

Kesyukuran dan kejujuran

Itulah pegangan kami

Demi mencapai cita murni





Oh Sekolahku yang tercinta

Obormu kan tetap menyala

Menyuluh laluan yang sukar

Dalam abad yang mencabar





















Lagu: Yeo Chaw Min

Lirik: Pn. Hjh Saleha bt Sharif

VISI MISI DAN MOTTO SEKOLAH

VISI




Menjadi sekolah contoh dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah di Negeri Sembilan menjelang 2010.







MISI SEKOLAH



1. Sentiasa mendukung wawasan sekolah/pendidikan dan negara.



2. Memperkembangkan potensi pelajar dan guru mengikut minat, kebolehan dan budaya saing ke tahap maksimum.



3. Membentuk warga sekolah yang bangga dan cintakan sekolah.



4. Mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah dan masyarakat.



5. Membina budaya cemerlang di kalangan warga sekolah.







MOTTO



 Lebih Teguh

 Lebih Bijak

 Lebih Baik

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjwab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

PENGURUSAN SEKOLAH

A. PENGURUSAN SEKOLAH



1. SENARAI NAMA PENTADBIR, KAUNSELOR, GURU DAN KAKITANGAN TAHUN 2010

1.1 Pentadbir

1. Pn. Jainah bt. Jantan ( Pengetua )

2. Pn. Habibah bt Mohamad ( GPK Akademik )

3. En. Abd. Aziz bin Bujang ( GPK HEM )

4. En. Abd. Rahman bin Safar ( GPK Kokurikulum )

5. Pn. Halimah bt Abu Bakar (GPK Tg 6)

6. En. Arif Affandi b Ariffin ( K. Bidang Sains & Matematik )

7. Pn. Fauziah bt Mansor (K. Bidang Kemanusiaan )

8. Cik Rozimah bt Yahya (K. Bidang Bahasa )

9. En. Rusman b Mohd Yusof (K. Bidang Teknik & Vokasional )



1.2 Kaunselor

10. Pn. Rosyidah bt Ahmad

11. Pn. Rosita bt Kamarulzaman

12. Cik Sentil Sumitha a/p Thigarajan



1.3 Guru Tingkatan 1 - 5



Nama Opsyen Nama Opsyen

13. Pn. Asmawati bt. Md Aris (Bio) 45. Pn. Ruhaya bt Sharif (ERT)

14. Pn. Ayu Nurshuhada bt. Yusuf (PA ) 46. Pn. S.Umah a/p Sugoomaran (BI)

15. En. Azhar b. Ali (PJK) 47. Pn. Sharifah bt Rashid (KMT)

16. Cik Azizan bt Abd. Rashid (BM) 48. Pn. Sabariah bt. Bakri (Bio)

17. Pn. Azura Shazrin bt Abd. Razak (Sains) 49. Pn. Salmiah bt. Said (PDG)

18. Cik Chey Kam Yen (Sains) 50. En. Satishkumar a/l Krishnan (Maths)

19. Pn. Goh Say Heng (Sains ) 51. Pn. Saraswathi a/p Pallaniapan (BI)

20. En. Hamdan b Kamarudin (BM) 52. Pn. Saripah bt Aton (PI)

21. Cik Ham Lee Chan (Bio) 53. Cik Siti Aminah bt Jamaludin (PJK)

22. Pn. Hasnanirodiah bt Yusuf (FZ) 54. Dr. Suhaimi b. Abdan (Sej)

23. Pn. Intan Khairani bt Takin (IT) 55. Pn. Susila a/p Subramaniam (ERT)

24. Pn. Jamilah bt Abu Samah (PI) 56. En. Steve Adamnam Higgins (BI)

25. Pn. Kuay Soo Kian (Maths) 57. Pn. Tan Chew Yeat (Sej)

26. Pn. Koh Syek Lee (BC) 58. En. Varutharaju a/l Ratnam (BI)

27. Pn. Malah a/p Natarajah (Sej) 59. Pn. V.Umarani a/p Vellayan (BT)

28. En. Maniam a/l Alageds (Sej) 60. Pn. Zailiah bt Zakaria (Sej)

29. Pn. Mastura bt. Kamarudin (BI) 61. En. Zainuri b. Sahir (Maths)

30. Pn. Mazlin bt. Abd.Rashid (PI) 62. Guru A (Geog)

31. En. Mohd Airu Nizam b Rani (PJK) 63. Guru B (BM)

32. Utz Mohd. Halim b. Ali (PI) 64. Guru C (Math)

33. En. Mohd. Noor b Yunus (PSV) 65. Guru D (BM)

34. En. Mohd. Sufian b. Idris (Sej) 66. Guru E (Sej)

35. En. Mohd. Zuraidi b Ibrahim (PSV) 67. Guru F (BM)

36. Pn. Ng Hwee Peng (Geog) 68. Guru G (Sej)

37. Pn. Norsaida bt. Said (Bio) 69. Guru H (Math)

38. Pn. Norashikin b. Samad (Maths) 70. Guru I (Math)

39. Cik Noraziah bt. Barudin (ERT) 71. Guru J (Sej)

40. Pn. Norridza bt. Ibnu (FZ) 72. Guru K (MPV)

41. Pn. Noreha bt. Mohamad (BM) 73. Guru L (Maths)

42. Cik Norhafizah bt Ahmad Ithnin (Sains)

43. Cik Norhedayati bt Abd Aziz (PA)

44. Pn. Norwalis bt. Kendut (KMT)

1.4 Guru Tingkatan 6



Bil Nama Opsyen

74. En. Reduan b Mohamed Akhir (GPK KoKu)

75. En. Abas b Harun (BI)

76. En. Abd Rahim b Mohd Isa (Ekon)

77. Pn. Alnon Faziaton bt Fakhrullah (BI)

78. Pn. Chong Mei Lean (Kimia)

79. En. Gan Beo Tee (Maths)

80. Pn. Hanizah bt Abdullah (Geog)

81. Pn. Haslinda bt Hamdan (Peng. Per)

82. En. Lee Heng Poh (FZ)

83. Cik Lim Ah Moy (BM)

84. En. Luk Hoi Kum (Kimia)

85. Pn. Mazani bt Manat (Ekon)

86. En. Mohd Ikhwan b Abdullah (BI)

87. Pn. Nasiriah bt Md Yusuf (BM)

88. Cik Rajieswari a/p Balasundram (Bio)

89. Pn. Shuaidah bt Ismail Shukery (Sej)

90. Pn. Suhana bt Abu (Sej)

91. Pn. Tay Bee Kim (BI)

92. En. Vivekananda a/l N. Marie (BM)

93. En. Zainal bt Abd Wahid (BM)

94. Pn. Zaridah bt Ahmad (Maths)

95. T (Maths)

96. BM (BM)

97. GPK Tg 6







1.5 Kakitangan Sokongan



1. Pn. Ruhana bt Abd. Aziz Ketua Pembantu Tadbir

2. Pn. Ruhaya bt Razak Ketua Pembantu Makmal



3. En. Noor Azman bin Nawawy Pembantu Tadbir

4. Cik Norshamsidah bt Abd. Rahman Pembantu Tadbir

5. Pn. Mazlifah bt Razali Pembantu Tadbir



6. En. Osman b. Sawidi Pembantu Makmal

7. En. Hashim b. Osman Pembantu Makmal

8. En. Kamarulzaman b. Zakaria Pembantu Makmal

9. Pn. Asmawatiy bt Ahmad Pembantu Makmal

10. Pn. Badariah bt Hashim Pembantu Makmal

11. Pn. Siti Hatiah bt Ali Pembantu Makmal



12. En. Razib b Abd. Rahman Penyelia Asrama



13. En. Abd Rahman Pembantu Am Rendah

14. Pn. Niamateh bt Perjan Ali Pembantu Am Rendah

15. En. Mohd. Rosli b Mohd. Isa Pembantu Am Rendah



16. En. Subramaniam a/l Jogganaidu Pemandu

LENCANA SEKOLAH



Moto sekolah serta perkataan pada lencana sekolah bertepatan dengan cita-cita dan hasrat sekolah ke arah kecemerlangan.



MOTO SEKOLAH ialah:



 Lebih Bijak, Lebih Teguh, Lebih Baik



Maksud yang tersirat pada lencana sekolah :

i) Tulisan huruf TBS yang hitam dan berlatarkan warna hijau menandakan nama dan warna sekolah.

ii) Komputer menggambarkan warga sekolah yang peka IT.

iii) Bulan sabit melambangkan agama Islam.

iv) Lambang buah padi mencerminkan pencapaian akademik dan bukan akademik.

v) Obor melambangkan kegigihan yang membara.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR

SMK.Tunku Besar Tampin ditubuhkan pada tahun 1924. Sekolah ini mula ditubuhkan dengan sebuah kelas dan 40 orang pelajar lelaki.Pada waktu itu, sekolah ini dikenali sebagai Government English School. Selain itu,sekolah ini terletak berhampiran kediaman Pegawai Pendidikan Daerah Tampin.


Pada tahun 1928,sekolah ini telah berpindah ke Kelab Rekreasi dengan bilangan kelas bertambah kepada 4 buah(darjah 4) dan 5 orang tenaga pengajar.Kemudian, pada akhir tahun, sekolah ini telah berpindah ke bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Besar sekarang.

Pada tahun 1928,Jepun telah mengambil alih sekolah ini dan dijadikan sebagai Hospital Tentera untuk merawat tentera mereka yang mengalami kecederaan.Lantaran,semua murid diarahkan supaya berpindah ke bangunan kayu yang berhampiran dengan Rumah Rehat Tampin.

Pada tahun 1945, Hospital Tentera telah ditukarkan kepada sekolah semula dan dikenali sebagai Reconstruction Class. Bilangan pelajar sekolah meningkat sebanyak 100 orang.

Bilangan pelajar meningkat kepada 400 orang pada tahun 1949.Ekoran itu,sebahagian Rumah Rehat dijadikan sebagai bilik darjah.Mata pelajaran Sains telah diperkenalkan pada masa itu.Selain itu,kelas tingkatan 1 ditubuhkan.

Pada tahun 1953,pelajar kelas menengah sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu sekolah iniNamun begitu,setelah 2 tahun barulah sekolah ini diberi nama iaitu SMK.Tunku Besar Tampin dan dirasmikan oleh YTM Tunku Besar pada 1 Julai 1953.

Pada tahun 1963,mula berlaku banyak perubahan.Antaranya,sebuah asrama dan 10 kelas dibina dan setahun kemudiannya,satu bangunan mengandungi dua buah bengkel seni perusahaan,tiga bilik Sains Rumah Tangga dan sebuah makmal kaji kajian dibina.

Malah,pada tahun 1974,sebuah dewan besar telah dibina yang kekal hingga ke hari ini.Kemudian,pavilion dibina dua tahun kemudian.Tidak lama kemudian,satu bangunan mengandungi tiga makmal Sains dan sebuah perpustakaan dibina.

Bukan itu sahaja,empat gelanggang tenis berserta sebuah bangunan yang mengandungi tujuh kelas,satu bilik pusat sumber,satu perpustakaan,satu bilik kaunseling,satu bilik rawatan dan satu bilik seni pada akhir tahun 1980.Satu lagi kemudahan telah ditambah di sekolah ini pada tahun 1990 iaitu Indoor Hockey Pitch.

Setelah sekian lama,akhirnya penantian berakhir apabila Asrama Puteri dibina pada tahun 1992.Tetapi, penggunaannya terhad kepada pelajar sekolah ini sahaja.Walau bagaimanapun,asrama itu kemudiannya dijadikan asrama pusat yang menempatkan pelajar aliran agama Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin.

Pada tahun 1999, bangunan empat tingkat baru dibina lagi iaitu yang mengandungi enam belas buah kelas,satu makmal komputer,satu bilik guru dan satu pejabat.Setahun sebelum itu,bangunan utama telah dirobohkan.

Pada tahun 2002,sebuah surau baru dibina diikuti garaj kereta setahun kemudian.Setelah mendapat sedikit peruntukkan,sebuah makmal komputer telah dibina beserta padang hoki Astroturf.

Perubahan pelajar telah menyebabkan keperkuan terhadap komputer bertambah.Oleh itu,sebuah makmal kompueter telah dibina dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj.Mohammad Bin Hj Hassan,Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2005.

Pada tahun 2007, Pusat Akses Komputer telah dibina selaras dengan Hari ICT Negeri. Semua warga SMK.Tunku Besar juga mempunyai Smart Card masing-,masing. Sekolah juga turut melancarkan sistem jaringan internet tanpa wayar dengan jarak 1 km radius ke arah membudayakan ICT dalam kalangan warga sekolah.