BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

2010年8月7日星期六

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR

SMK.Tunku Besar Tampin ditubuhkan pada tahun 1924. Sekolah ini mula ditubuhkan dengan sebuah kelas dan 40 orang pelajar lelaki.Pada waktu itu, sekolah ini dikenali sebagai Government English School. Selain itu,sekolah ini terletak berhampiran kediaman Pegawai Pendidikan Daerah Tampin.


Pada tahun 1928,sekolah ini telah berpindah ke Kelab Rekreasi dengan bilangan kelas bertambah kepada 4 buah(darjah 4) dan 5 orang tenaga pengajar.Kemudian, pada akhir tahun, sekolah ini telah berpindah ke bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Besar sekarang.

Pada tahun 1928,Jepun telah mengambil alih sekolah ini dan dijadikan sebagai Hospital Tentera untuk merawat tentera mereka yang mengalami kecederaan.Lantaran,semua murid diarahkan supaya berpindah ke bangunan kayu yang berhampiran dengan Rumah Rehat Tampin.

Pada tahun 1945, Hospital Tentera telah ditukarkan kepada sekolah semula dan dikenali sebagai Reconstruction Class. Bilangan pelajar sekolah meningkat sebanyak 100 orang.

Bilangan pelajar meningkat kepada 400 orang pada tahun 1949.Ekoran itu,sebahagian Rumah Rehat dijadikan sebagai bilik darjah.Mata pelajaran Sains telah diperkenalkan pada masa itu.Selain itu,kelas tingkatan 1 ditubuhkan.

Pada tahun 1953,pelajar kelas menengah sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu sekolah iniNamun begitu,setelah 2 tahun barulah sekolah ini diberi nama iaitu SMK.Tunku Besar Tampin dan dirasmikan oleh YTM Tunku Besar pada 1 Julai 1953.

Pada tahun 1963,mula berlaku banyak perubahan.Antaranya,sebuah asrama dan 10 kelas dibina dan setahun kemudiannya,satu bangunan mengandungi dua buah bengkel seni perusahaan,tiga bilik Sains Rumah Tangga dan sebuah makmal kaji kajian dibina.

Malah,pada tahun 1974,sebuah dewan besar telah dibina yang kekal hingga ke hari ini.Kemudian,pavilion dibina dua tahun kemudian.Tidak lama kemudian,satu bangunan mengandungi tiga makmal Sains dan sebuah perpustakaan dibina.

Bukan itu sahaja,empat gelanggang tenis berserta sebuah bangunan yang mengandungi tujuh kelas,satu bilik pusat sumber,satu perpustakaan,satu bilik kaunseling,satu bilik rawatan dan satu bilik seni pada akhir tahun 1980.Satu lagi kemudahan telah ditambah di sekolah ini pada tahun 1990 iaitu Indoor Hockey Pitch.

Setelah sekian lama,akhirnya penantian berakhir apabila Asrama Puteri dibina pada tahun 1992.Tetapi, penggunaannya terhad kepada pelajar sekolah ini sahaja.Walau bagaimanapun,asrama itu kemudiannya dijadikan asrama pusat yang menempatkan pelajar aliran agama Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin.

Pada tahun 1999, bangunan empat tingkat baru dibina lagi iaitu yang mengandungi enam belas buah kelas,satu makmal komputer,satu bilik guru dan satu pejabat.Setahun sebelum itu,bangunan utama telah dirobohkan.

Pada tahun 2002,sebuah surau baru dibina diikuti garaj kereta setahun kemudian.Setelah mendapat sedikit peruntukkan,sebuah makmal komputer telah dibina beserta padang hoki Astroturf.

Perubahan pelajar telah menyebabkan keperkuan terhadap komputer bertambah.Oleh itu,sebuah makmal kompueter telah dibina dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj.Mohammad Bin Hj Hassan,Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2005.

Pada tahun 2007, Pusat Akses Komputer telah dibina selaras dengan Hari ICT Negeri. Semua warga SMK.Tunku Besar juga mempunyai Smart Card masing-,masing. Sekolah juga turut melancarkan sistem jaringan internet tanpa wayar dengan jarak 1 km radius ke arah membudayakan ICT dalam kalangan warga sekolah.

0 评论: